Dia Itulah Seorang Muslimah

Seorang muslimah memang tidak akan menggunakan kain yang nipis bagi menutupi tubuhnya. Kerana dia tahu kain itu tidak mampu melindungi tubuhnya dari dilihat orang yang tidak layak melihatnya.

 

Seorang muslimah memang tidak akan menggunakan sebarang rantai berloceng sebagai perhiasan dirinya. Kerana dia tahu bunyi gemercik loceng tersebut mampu menarik hati-hati lelaki yang berniat tidak baik.

 

Seorang muslimah memang tidak akan menggunakan minyak wangi yang berlebihan apabila berada di luar dari rumahnya. Kerana dia tahu wangian tersebut mampu menarik perhatian orang yang melewatinya. Dan dia juga tahu dia akan dikategorikan sebagai seorang ‘perempuan zina’ sama seperti pesanan Rasulullah SAW.

 

Seorang muslimah memang tidak akan menggunakan perkataan yang kasar, buruk & tidak menyenangkan. Kerana dia tahu kata-kata yang keluar dari mulut seseorang itu melambangkan keperibadian diri & isi hati pemilik mulut tersebut.

 

Seorang muslimah memang tidak akan menggunakan waktu bersama temannya dengan mengatakan perihal buruk orang lain. Kerana dia tahu perumpamaan & balasan yang akan ditanggung kepada si pelaku-pelakunya.

 

Seorang muslimah memang tidak akan menggunakan suaranya dengan lunak & manja apabila bertutur dengan lelaki ajnabi. Kerana dia tahu tindakan itu akan mengumpan hati lelaki agar berniat jahat terhadapnya.

 

Seorang muslimah memang tidak akan menggunakan tudung yang nipis, singkat & membentuk untuk menutupi mahkota rambutnya. Kerana dia tahu tidak akan ada bezanya antara dirinya dengan orang yang tidak bertudung.

 

Seorang muslimah memang tidak akan menggunakan pakaian yang mengikut susuk tubuh bagi menutupi dirinya. Kerana dia tahu pakaian seperti itu tidak mampu melindungi dirinya dari ditatapi orang yang tidak selayaknya memandang.

 

Seorang muslimah memang tidak akan menggunakan stoking yang nipis hanya sekadar mengelakkan kakinya dari terkena cahaya matahari atau mengelakkan dari melecet. Kerana dia tahu aurat ketika solat itu adalah sama auratnya ketika di luar solat.

 

Oleh itu, wahai perempuanku, untuk apa kamu seperti mengikut perintah tetapi tidak membawa apa-apa makna di sisi Allah SWT. Tidakkah kamu terasa perbuatan kamu itu hanyalah sia-sia semata-mata?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s