Bercita-cita Syahid

“Saya bercita-cita mahu mati syahid! Disebabkan itulah saya menyertai semua peperangan yang melibatkan tentera Islam. Di tubuh saya ini dipenuhi parut-parut luka. Tiada seinci pun tubuh saya tidak berparut akibat dari mata panah, tombak, pedang ataupun lembing musuh. Dada saya menjadi sasaran mata-mata senjata musuh, tetapi saya masih hidup. Syahid yang diburu tidak ditemui”, begitulah rintih perindu syahid di jalan Allah. Datang sahabat antara sahabat rapatnya, Abu Zanad r.a memujuk ketika Khalid al-Walid terlantar sakit. “Saudara tidak boleh syahid di medan perang. Baginda SAW semasa hayatnya telah mengurniakan kepada saudara dengan gelaran Pahlawan Pedang Allah. Baginda SAW mendoakan saudara menang dalam setiap peperangan yang saudara sertai, saudara tidak boleh mati dibunuh kafir kerana pedang Allah tidak boleh tewas di medan peperangan”. Kata-kata itu membuatkannya bertambah sedih & hiba. Akhirnya, panglima tentera terbilang itu pergi menghadap Allah SWT dengan hajatnya yang tidak tersampai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s