Wasiat Dari Pemimpin Mulia Kepada Pemimpin Yang Mencari Keredhaan TuhanNya

Wasiat ini wasiat daripada seorang pemimpin yang dijanjikan oleh Allah melalui RasulNya bahawa dia akan memerintah sebuah kerajaan yang memiliki tentera sebaik-baik tentera & rakyat sebaik-baik rakyat, manakala dirinya adalah raja dari sebaik-baik raja…

Wasiat ini khas kutujukan buat insan bergelar pemimpin, bukan kerana nafsu tetapi saling mengingati kerana Allah, kerana setiap amalan kita semasa hidup akan dihitung di akhirat kelak. Tanggungjawabmu bukan mudah, wahai pemimpin…

Ayahanda bakal menghadap Allah SWT.

Sedikitpun ayahanda tidak menyesal dengan apa yang berlaku kerana semua ini sudah ditakdirkan.

(baginda diracuni ketika hendak berangkat ke medan peperangan yang dirahsiakan tempatnya oleh baginda sendiri bersama 250 000 tenteranya).

Tambahan pula, sekiranya ayahanda sudah pergi, sudah ada penggantinya.

 

Ayahanda berwasiat kepada kamu, jadilah pemerintah yang adil.

Berilah perlindungan & keadilan kepada rakyatmu, tanpa pilih kasih.

Kamu hendaklah menyebarkan agama Islam sebab itu adalah kewajipan raja-raja Islam.

Utamakan kepentingan agama melebihi kepentingan lain.

Janganlah kamu lengah & lemah dalam usaha menegakkan agama.

Jangan kamu melantik mereka yang tidak beragama menjadi pembantumu.

Jangan kamu melantik mereka yang sering melakukan dosa-dosa besar dalam jawatan penting.

Hindari
bida’ah & khurafat & jauhi mereka yang menyuruhmu melakukan perbuatan seperti itu
.

Terus berjihad bagi membela agama & meluaskan pemerintahanmu.

Jagalah harta Baitulmal & jangan bazirkannya.

Jangan kamu ambil harta rakyat kecuali sesuai dengan peraturan Islam.

 

Ayahanda berwasiat kepada kamu, anakandaku, hormatilah ulama.

Jangan sekali-kali kamu mengusir mereka dari pintu istanamu.

Jangan sekali-kali kamu lakukan perkara yang bertentangan dengan hukum Islam.

Agama itu tujuan kita, & kita menang juga kerana agama.

 

Kamu ambil pengajaran daripada perjalanan hidupku.

Ayahanda dilahirkan ke dunia ini seperti semut kecil.

Kemudian Tuhan kurniakan kepada ayahanda nikmatNya yang begitu besar.

Bekerjalah kamu bagi meninggikan agama Allah.

Jangan kamu boros membelanjakan harta negara dengan berfoya-foya ataupun,

bersenang-lenang ataupun,

kamu gunakan lebih daripada yang sepatutnya sebab itu membawa kepada kehancuran kerajaanmu.

 

Wasiat ini bukan berkenaan harta material yang bakal ditinggalkan bagi warisnya,

tetapi harta yang bakal membawanya ke syurga (jika memahaminya) atau mengheret ke neraka (jika membelakangkan agama).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s