Petanda Umat Islam Tidak Lagi Disegani

Dari Tsauban, katanya Rasulullah saw bersabda:

‘Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu

seperti orang-orang yang kelaparan mengerumuni hidangan mereka.’

Salah seorang sahabat bertanya: ‘Apakah kerana kami sedikit pada waktu itu ya Rasulullah?’

 

Nabi menjawab: ‘Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu seperti buih yang dihanyutkan banjir.

Dan Allah swt akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu; dan Allah akan

mencampakkan dalam hati kamu penyakit wahan.’

Seorang sahabat bertanya: ‘Apakah wahan itu ya Rasulullah?’

Rasulullah saw menjawab: ‘Cinta dunia, takut mati.’

 

[HR Abu Daud]

 

Jika diteliti hari ini, setelah berakhir perang dingin Amerika-Rusia,

kini musuh utama Amerika & barat ialah UMAT ISLAM di seluruh dunia

Umat Islam diremehkan, dihina & ditindas.

Tidak kira dari pelbagai bangsa & agama yang melakukannya.

 

Sejarah mencatatkan :

  • Komunis Soviet dahulu memerangi umat Islam di      Afganistan
  • Orang Kristian & Yahudi dengan tidak sudah2nya      menindas umat Islam di Palestin
  • Orang Hindu memerangi umat Islam di Kashmir, atau      India
  • Di Bosnia..
  • Di Iraq..

 

Apakah kerana umat Islam penduduk minoriti dunia ?

Jangan terlupa, di zaman kegemilangan Islam dahulu, sejarah mencatatkan 2/3 dunia berada di bawah naungan Islam.

Jadi, jawapannya ada di dalam hadith tadi, ‘kamu seperti buih yang dihanyutkan banjir.’

Menunjukkan umat Islam terumbang ambing & mudah hanyut.

 

Terumbang ambing & mudah hanyut? Kenapa?

Kerana penyakit wahan – yang cintakan dunia & takutkan mati.

Kelemahan umat Islam hari ini terlau ketara sehingga tidak ada yang perlu ditakuti atau digeruni oleh orang kafir sehingga mereka bermaharajalela.

 

Secara global, ekonomi dunia dipelopori kuasa barat yang terdiri daripada orang Kristian & Yahudi.

Bangsa ini yang banyak menindas umat Islam di negara disebut tadi.

Jika tidak kerana negara Islam lain takut bermusuh dengan kuasa-kuasa besar ini, sudah tentu mereka bangkit bersama-sama menentang kerakusan & keganasan kuasa-kuasa barat itu.

Sebaliknya mereka terpaksa bekerjasama kerana banyak bergantung ekonomi dengan kuasa besar itu dari membantu saudara seiman mereka.

 

Kerana apa? Kerana cintakan dunia.

Kalaulah kita tidak begitu cintakan dunia, pasti kita bebas membuat pendirian & berani menanggung risiko.

Kalau dengan hanya memboikot & memutuskan hubungan diplomatik, sudah cukup membuat mereka jatuh rugi.

 

Kesenangan dunia jugalah membuat umat Islam ditimpa penyakit takut mati.

Kita sayang untuk meninggalkan segala isi di dalam dunia ini.

Terlalu mengejar kesenangan dunia sehingga melupakan bekalan untuk hari akhirat.

 

Pandanglah semula ke belakang, bagaimana peribadi pejuang-pejuang Islam yang syahid untuk berjihad di jalan Allah.

Bagaimana mereka menjalani rutin seharian mereka?

 

Marilah kita berdoa agar Allah menghilangkan penyakit wahan ini dari hati kita.

Dan semoga kita dapat bangkit kembali & bersatu bersama menjadi umat yang kuat & disegani seperti dahulu.

 

Dunia terlalu hina untuk ditangiskan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s