Kenalilah Para KekasihNya

Kenalilah dan Cintailah para utusanNya

Pernah tak kita tanyakan kepada hati kita, adakah kita semua mengenali siapakah 25 utusan Allah SWT yang dipanggil Rasul itu? Jawapannya, tentu ya.

“Saya mampu menghafal nama-nama Rasul yang wajib diketahui.”

“Kan percaya kepada Rasul tu rukun Iman ketiga wajib kita ketahui.”

Alhamdulillah jika itu jawapannya. Kalau keluar dalam peperiksaan, peluang untuk dapatkan markah penuh tentu cerah. Tapi, cuba fikir sejenak, habis periksa, habislah segala ilmu yang dipelajari & dihafali? Selepas dari itu, ilmu itu dibiarkan hilang begitu sahaja?

Elakkan dari berfikir begitu saudaraku. Belajar mengenai para RasulNya bukan hanya untuk lulus peperiksaan. Allah menurunkan al-Quran untuk kita pelajari hanya semata-mata lulus periksa? Alangkah mudahnya jika begitu.

Sebenarnya, hikmah di sebalik itu adalah lebih besar dari lulus periksa. Ilmu apapun, selagi diredhai, pasti akan mempunyai hikmah & manfaat jika mempelajarinya.

Sebagai permulaan, Alhamdulillah. Mengenal nama mereka adalah kunci utama. Namun, selepas itu, belajarlah mengenai peribadi, mukjizat(kelebihan & keistimewaan) yang dikurniakan kepada setiap Rasul, kaum-kaum yang diperutuskan kepada mereka, & banyak lagi.

Hikmah belajar mengenal mereka terlalu besar & banyak. Dari peristiwa-peristiwa yang menimpa kaum-kaum mereka, kita boleh jadikan tauladan & ikhtibar. Kita juga boleh mempelajari erti kesabaran dalam menghadapi sikap manusia yang pelbagai. Tabah dalam memikul tugasan yang bukan mudah untuk dilaksanakan. Terlalu banyak hikmahnya untuk disenaraikan.

Kisah-kisah mereka bukanlah cerita Israiliyyat yang diselit-selit peristiwa karut & ditokok tambah menjadi cerita tidak berasas. Namun, kisah para Anbiya’ ini bersumberkan sahih dari al-Quran & hadith rasul.

Mendalami kisah mereka boleh dirasai seperti dibawa mengembara jauh ke alam hakiki, yang realitinya harus diyakini.

Jika ianya betul-betul dihayati, Insya Allah akan melahirkan kesedaran, kerana sememangnya ia adalah merupakan rangkaian ikhtibar & pengajaran yang sengaja Allah SWT jelaskan di dalam al-Quran.

Namun, perlu penulis mengingatkan kepada yang mencari & dahagakan ilmu, perlulah mencari sumber yang benar-benar diyakini. Akhir-akhir ini, lambakan buku-buku agama memenuhi pasaran. Dikhuatiri ada sebahagian buku-buku tersebut ditulis tidak bersumberkan maklumat yang sahih. Kesannya, pegangan & pemahaman yang diterima salah & menyimpang jauh dari jalan Allah. Nauzubillah. Sangat mohon dijauhkan.

Buku yang penulis paling gemari untuk penulis jadikan rujukan adalah buku-buku dari penulisan Abul Fidaa’ Ismail bin Katsir Al-Quraisy atau lebih dikenali dengan nama Ibnu Kathir. Penulisannya bersumber nas al-Quran & hadith yang sanadnya tidak diragui. Beliau juga menitipkan hadith & dalil yang kebanyakkan dhaif & palsu dalam penulisannya dengan sengaja supaya pembacanya dapat membezakan antara kisah sebenar & kisah-kisah yang diada-adakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s