Kemewahan Yang Merugikan

Dari Ali bin Abi Talib, beliau berkata: “Kami duduk-duduk bersama Rasulullah SAW di masjid, tiba-tiba datanglah Mus’ab bin Umair yang tidak ada di badannya kecuali hanya selembar selendang yang bertambal dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihatnya, Baginda menangis kerana mengenang kemewahan Mus’ab ketika berada di Makkah kerana sangat dimanjakan oleh ibunya sedangkan sekarang (di Madinah) berkeadaan seperti itu. Melihat yang demikian, Rasulullah SAW bersabda:

Bagaimana keadaan kamu pada suatu hari nanti, pergi pada waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan jika diberikan satu hidangan, diletakkan pula dengan hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sebagaimana kamu memasang kelambu Kaabah?

 

Para sahabat menjawab: “Wahai Rasulullah, tentunya keadaan kami waktu itu lebih baik daripada keadaan kami hari ini. Kami akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada masalah ibadat sahaja dan tidak bersusah payah lagi untuk mencari rezeki.”

 

Rasulullah SAW menjawab: “Tidak, keadaan kamu pada hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu pada hari itu.”

[HR Tirmizi]

Berdasar dari hadith ini, kita dapat merungkai, kemewahan hidup lebih banyak menghalangi seseorang dari beribadat kepada Allah SWT, sepertimana yang berlaku pada hari ini. Walaupun jika tidak melebihi keperluan, segala yang kita miliki rasanya sudah mencukupi, kerana jika dibandingkan dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, namun soal ibadah, kita sangat jauh ketinggalan. Kerana apa? Kerana kekayaan dan kemewahan banyak menghalangi kita dari menumpukan lebih banyak masa kita kepada ibadat.

Tidak dinafikan, tidak sering diingatkan, beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan bertemu ajal esok, bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi. Namun, apakah maknanya jika kita bekerja, namun focus kita terhadap ibadah hilang kerana dek sibuk mengumpul harta. Akan terjumpakah kita manusia di zaman ini, mencari harta kekayaan, kemudian disedekahkan semua hartanya sehingga apa yang tinggal untuknya hanya mencukupkan keperluannya sahaja? Semakin kedekut untuk mengeluarkan sedekah lagi adalah.

Biarlah kita mencari harta dunia atas dasar keperluan. Adapun manusia yang mencari kemewahan secara berlebihan, kemudian disalurkan untuk membantu orang-orang yang kurang berkemampuan, mereka seolah-olah diibaratkan, bertani di dunia, menuai di akhirat. Alangkah bertuahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s