Kisah Cinta Para Kekasih Allah

Anak muda hari ini (terutama wanita) di kaburi dengan pelbagai cerita cinta dramatik, pelbagai kisah pengorbanan ditayangkan demi untuk mendapatkan cinta hatinya.

Rela berkorban & menghadapi apa jua rintangan.

Kebanjiran ini tidak datang dari kisah novel yang diadaptasi sahaja, tetapi juga cerita dari korea, bollywood, hollywood yang sememangnya tidak menitik-beratkan norma-norma ketimuran & keislaman,khususnya.

Kelakuan-kelakuan yang kadangkala melampaui batas juga tidak segan silu dilakonkan para pelakon yang sememangnya kita tahu mereka adalah bukan muhrim sesama mereka.

Kalaupun muhrim, namun, jika mereka bergelar Islam, perlakuan itu tidak patut ditayangkan di khalayak ramai, apalagi dipertontonkan.

Lakonan ini mempengaruhi minda penonton sebenarnya, membayangkan keindahan & kenikmatan cinta yang kebanyakan berlaku sebelum berkahwin.

Inikah yang diajar oleh Islam?

Kenapa tidak kita menjadikan Rasul-rasul, para kekasihNya sebagai idola & contoh tauladan yang baik yang patut kita ikuti?

Nyatakan kepada penulis, di antara 25 Rasul yang diutuskan di atas muka bumi ini, siapakah di antara mereka yang menjalinkan cinta sebelum ikatan pernikahan?

Para sahabat, salafus soleh, pewaris-pewaris nabi. Kenapa bukan mereka yang sepatutnya diketengahkan kisahnya agar dijadikan ikutan kita hari ini?

Sedarlah anak muda hari ini, diri kita, jiwa kita, fikiran kita, & yang paling utama, ‘akidah kita sedang dijajah.

Jadikanlah cinta para kekasihNya sebagai panduan buat kita, baik kepada yang ingin mendirikan rumahtangga mahupun yang sedang menjalani kehidupan berumahtangga.

Carilah redha & rahmat Allah SWT, bukanlah la’knat & murkaNya. Na’uzubillah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s