Berjabat Tangan Dengan Bukan Muhrim

Diceritakan oleh Prof. Mahmud Mahdi al-Istanbuli dalam kitabnya, Cenderamata Pengantin sebuah pengajaran terkesan kepada sesiapa yang memahaminya.

Sebuah jamuan yang diadakan telah menjemput seorang ulama sebagai antara tetamu yang dijemput hadhir.

Namun, beliau dikejutkan dengan kedatangan seorang wanita yang ditugaskan sebagai penyambut tetamu.

Wanita itu menjalankan tugasnya menyambut tetamu yang hadhir dengan bersalaman dengan mereka.

Namun, apabila tiba giliran ulama itu, wanita itu menghulurkan tangannya, tetapi tidak disambut oleh ulama tersebut.

Kelakuan ulama itu menimbulkan rasa kecewa kepada wanita itu.

Setelah beberapa lama (masih di dalam majlis itu), ulama itu memanggil wanita tersebut, dengan tujuan ingin menerangkan keadaan, mengapa beliau bertindak sedemikian.

 

Di sini, berlakulah sebuah dialog yang indah:

Ulama: Saya ingin meminta maaf kepadamu kerana tidak menyambut salamanmu tadi. Izinkan aku berterus terang kepadamu.

Wanita: Teruskanlah dengan ucapanmu.

Ulama: Apabila aku menerima tanganmu (berjabat tangan denganmu), maka apa yang akan aku jumpai adalah, akan kudapati tanganmu lebih manis & lebih lembut daripada tangan isteriku.

Maka, sesungguhnya, akan kurasai kemanisan isteriku akan pudar dari mataku.

Aku percaya, itu juga yang akan berlaku kepadamu, kemanisan suamimu akan pudar dari matamu.

Akan tetapi, apabila kita tidak berjabat tangan, maka kita akan merasa puas dengan pasangan kita masing-masing.

Hal ini akan mengundang kebaikan, kebahagiaan, keharmonian, kedamaian & kesucian bagi kedua-dua belah pihak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s