Calon Suami

1. Kuat Agamanya – Apabila orang lain sibuk mencari cinta dia sibuk mencari agama.

2. Baik Akhlaknya – Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya.

3. Tegas Mempertahankan Maruah – Tegas dalam melaksanakan syariat, bukan untuk kepentingan diri sendiri.

4. Amanah – Bila dia berjanji dia menepati.

5. Tidak kedekut – Tidak kedekut dalam menyampaikan ilmu.

6. Terbatas Pergaulan – Apabila dia terlihat aurat wanita (bukan mahramnya) dengan pantas dia mengalihkan pandanganya.

Apabila dia melihat wanita dia sentiasa menundukkan wajahnya.

7. Rakan Pergaulannya – Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

8. Bertanggungjawab – Iaitu memberi isteri dan anak-anak makanan, perlindungan & pakaian Islam.

9. Tenang Wajah – Mulut yang berzikir,mata yang tidak pernah jemu melihat al-Quran, tangan yg tidak pernah penat dalam melakukan kebaikan. Air mata yang jatuh kerana taubat.

Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya.InsyaAllah..

Namun Hawa, janganlah kamu tersenyum ketika membacakan ini & bercita-cita mendapatkan calon yang memenuhi ciri-ciri di atas.

Bercita-cita itu bagus, namun harus juga melihat diri kamu.

Ingin dapatkan yang seperti ini, kamu seharusnya menuju ke arah ini juga.

Berusaha! Lillahi Ta’ala…

“Jangan mengharapkan teman hidup semulia Saidina Ali,

Jika dirimu tidak seindah Saidatina Fatimah”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s