Kalau selalunya…Cuba kali ini kita ubah…

Kalau selalunya…setiap kali datang meraikan majlis perkahwinan, kita akan menghadiahkan pelbagai jenis hadiah seperti set pinggan mangkuk, periuk nasi & sebagainya…

Cuba kali ini kita ubah…menghadiahkan pasangan tersebut dengan buku-buku yang bermanfaat, khazanah yang tidak ternilai harganya

 

Kalau selalunya…sebelum tidurkan anak-anak, kita akan mendendangkan mereka dengan cerita-cerita dipanggil bedtime story, yang kadang-kadang lebih kepada alam fantasi semata-mata.

Cuba kali ini kita ubah…memperdengarkan mereka dengan cerita-cerita kehebatan pahlawan-pahlawan agung Islam yang mempertaruhkan nyawa demi menegakkan agama Islam yang suci. Ceritanya bukan fantasi, ia benar-benar terjadi & termaktub di dalam al-Quran

 

Kalau selalunya…hendak menidurkan anak-anak kecil dalam buaian, kita mendodoikan lagu-lagu nasihat…itu memang baik, namun..

Cuba kali ini kita ubah…kita dodoikan mereka dengan zikrullah, selawat kepada Baginda SAW.. bukankah menanam rasa kecintaan terhadap Maha Pencipta & junjungan besar, Nabi Muhammad SAW kepada si anak & juga kita?

 

Kalau selalunya…setiap kali datangnya hari jadi kita, rumah kita akan diadakan majlis harijadi menjemput kawan-kawan & bersuka ria mengadakan pelbagai agenda & acara…

Cuba kali ini kita ubah…jamukan sesuatu pada jemaah surau & minta mereka adakan sedikit bacaan doa selamat untuk kesejahteraan kita & semua.

 

Dilahirkan sebagai manusia, apabila kerap kali kita diminta membantu & beri pertolongan, kita akan cepat jemu & muak.

Berlainan dengan sifat Allah SWT. DIA Maha Mendengar & sangat suka apabila kita selalu berdoa (meminta) kepadaNYA.

Selain tekad hati untuk berubah pada lebih baik, doa adalah senjata yang penting & ampuh untuk kita sebagai umat Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s