Keimanan Saklabah r.a.

Saklabah…

Seorang daripada sahabat Rasulullah saw yang sangat taat & cinta kepada Rasul & Tuhannya. Di kala usia yang masih sangat muda, beliau telah menunjukkan tauladan yang sangat dikagumi yang boleh kita contohi sebagai remaja kini. Bilakah kita mampu menyamai maqam yang beliau miliki, Subhanallah…

Pada suatu masa telah diceritakan bahawa Baginda saw telah menyuruh Saklabah mencari sesuatu barang untuknya. Maka berangkatlah Saklabah mencari barang seperti yang diminta oleh Rasulullah saw. Dalam perjalanannya, beliau telah melalui rumah-rumah (ketika di zaman itu, rumah-rumah yang dibina, pintunya hanya ditutupi dengan kain-kain guni yang kasar). Ketika melewati sebuah rumah, telah ternampak oleh Saklabah seorang perempuan sedang mandi dengan secara tidak sengaja.

Sebaik terlihat itu, beliau diselelubungi rasa takut yang teramat-amat sangat. Beliau terbayang bahawa telah turun Jibril as menyampaikan khabar berita apa yang dilihatnya kepada Baginda saw. Beliau juga terbayangkan azab yang akan diterimanya kelak. Sehingga beliau langsung terlupa akan pesanan Baginda saw.

Beliau berlari tanpa arah tuju & tidak kembali ke sisi Rasulullah saw. Beliau berlari & bersembunyi di sebuah gunung yang tidak di duduki sesiapa kecuali seorang pengembala kambing. Di sana, Saklabah menangisi nasibnya sehingga beliau tidak mampu untuk memakan apa-apa kecuali meminum susu yang diberi oleh pengembala tadi.

Sementara, Baginda saw menunggu-nunggu kepulangan Saklabah sehingga berhari-hari. Kemudian, Baginda saw mengutuskan Umar al-Khattab supaya mencari Saklabah. Setelah puas mencari, akhirnya Amirul Mukminin itu menemui Saklabah dalam keadaan yang sangat lemah kerana tidak makan selama beberapa hari.

Saklabah akhirnya dibawa pulang & Baginda saw datang melawat Saklabah yang dalam keadaan lemah itu. Dipangkunya kepala Saklabah, namun Saklabah menolak kepalanya jatuh dari ribaan Rasulullah saw. Rasulullah saw memangku lagi kepala Saklabah, tetapi ditolak semula Saklabah.

Dalam keadaan yang risau, Baginda saw bertanya : “Kenapa Wahai Saklabah. Ceritakan kepadaku, apa yang telah menimpamu sehingga kamu begini?” Dengan esakan, Saklabah berkata : “Kepalaku yang penuh dengan dosa ini tidak layak dipangku olehmu Ya Rasulullah. Aku benar-benar berdosa. Apakah Allah akan menerima taubatku? Apakah aku akan diazabkan sekeras-kerasnya di akhirat nanti. Sesungguhnya aku benar-benar takut dengan azabNya Ya Rasulullah.”

Melihatkan keadaan Saklabah, Baginda saw memangku semula kepala Saklabah dan Baginda berkata : “Sesungguhnya Syurga bagimu Saklabah. Allah telah mengampuni dosamu.” Setelah mendengar itu, Saklabah menghembuskan nafasnya yang terakhir diribaan Rasulullah saw. Setelah dimandi & dikafankan, Baginda saw & para sahabat menyembahyangkan jenazah Saklabah.

Ketika hendak dikebumikan, Baginda saw telah tiba lewat sedikit. Melihatkan Baginda saw telah tiba, para sahabat yang hadir memberi laluan kepada Baginda saw kerana terlalu ramai yang menghadiri majlis pengkebumian tersebut. Namun, walaupun telah dibuka jalan untuk Rasulullah saw, tetapi Baginda masih terasa sempit & terpaksa bersesak untuk mara ke hadapan. Lalu berkatalah Baginda : “Sesungguhnya pengkebumian ini telah dihadiri juga oleh para malaikat yang tidak terhitung ramainya.”

Mampukah kita mendapat penghormatan sebegini di akhir penghidupan kita nanti? Subhanallah, sedarlah remaja semua, apa sahaja yang kita miliki di dunia ini akan musnah. Tidak perlu kita mendabik dada, membangga diri dengan apa yang kita miliki hatta dengan rupa paras kita sekalipun. Tiada apa yang dapat menyelamatkan kita disana kecuali amalan yang diterima olehNya.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s